Padang Bukit Tinggi Maninjau 5 Hari 4 Malam

Padang Bukit Tinggi Maninjau 5 Hari 4 Malam

HARI 1 LCCT / PADANG / BUKIT TINGGI (MT/MM)
Setibanya di Bandara International Minangkabau, anda disambut oleh wakil kami dan dibawa ke Bukit Tinggi melalui Lembah Anai, berhenti di Air Terjun Lembah Anai dan Pusat Dokumentasi Kebudayaan Minangkabau di Padang Panjang. Selepas makan tengah hari, anda dibawa melawat ke Kampung Pandai Sikek sebuah perkampungan terkenal (melihat kerajinan ukiran kayu dan tenunan songket). Check-in hotel. Makan malam di restoran tempatan.

HARI 2 MINANGKABAU TOUR (SP/ MT/ MM)
Selepas sarapan pagi, anda dibawa ke Ranah Minangkabau yang unik untuk melawat Batu Sangkar, berhenti di Tabek Patah (sebuah kampung dengan pemandangan alamnya yang indah) untuk melihat industri tempatan seperti Pisang Salai dan Kopi Tradisional. Makan tengah hari di Pondok Flora Restaurant yang terletak di tengah-tengah sawah dengan pemandangan yang menakjubkan dengan menu istimewa Ikan Bakar. Seterusnya, melawat Istana Silindung Bulan dan terus ke Bukit Tinggi melalui Kampung Pariangan. Setibanya di Bukit Tinggi, acara bebas untuk membeli-belah di Pasar Atas. Check-in hotel dan makan malam di restoran tempatan.

HARI 3 MANINJAU TOUR (SP/ MT/ MM)
Selepas sarapan pagi, dibawa melawat ke Grand Sianok Canyon dan Terowong Jepun. Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, meneruskan perjalanan ke Danau Maninjau melalui selekoh 44 untuk menikmati keindahan dan kecantikan Tasik Maninjau. Kemudian melawat Rumah Hamka di Sungai Batang. Kembali ke Bukit Tinggi untuk membeli-belah di Pasar Atas seperti Komala Sari, Annisa dan Putri Minang. Makan malam di restoran tempatan.

HARI 4 BUKIT TINGGI / PADANG (SP/ MT/ MM)
Selepas sarapan pagi dan check-out hotel, membeli-belah di Bukit Tinggi. Kemudian meneruskan perjalanan ke Padang. Makan tengahari di restoran tempatan. Seterusnya melawat China Town, Old Harbor, Siti Nurbaya Bridge dan Padang Beach. Aktiviti bebas untuk membeli-belah. Check-in hotel dan makan malam di restoran tempatan.

HARI 5 BUKIT TINGGI / KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan pagi, check-out hotel dan menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

click untuk perbesarkan

click untuk perbesarkan

Harga Termasuk

  • Penginapan 4 malam (2 Orang sebilik)
  • Pengangkutan & Lawatan seperti aturcara
  • Makanan halal seperti di dalam aturcara
  • Bayaran masuk tempat lawatan
  • Pemandu Pelancong

Harga Tidak Termasuk

  • Perbelanjaan peribadi
  • Tiket Air Asia & Bayaran Bagasi Air Asia
  • Cukai Lapangan Terbang
  • Tipping Guide & Driver (RM 25/seorang)

Jadual Penerbangan

  • KUL / PDG AK 470 0750 / 0800
  • PDG / KUL AK 475 1555 / 1800

Nota :

  • Harga, aturcara lawatan dan jadual penerbangan tertakluk kepada perubahan semasa dari agent penerbangan Air Asia, pihak hotel dan ground operator Indonesia.
  • Tambang Air Asia tertakluk kepada perubahan semasa tanpa sebarang notis dan pembelian tiket Air Asia Tiga bulan sebelum berlepas untuk harga murah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*
= 3 + 3