Soalan Lazim (FAQ)
Cari jawapan bagi persoalan anda mengenai perkhidmatan dan perjalanan Umrah/Haji. Jika tidak pasti, hubungi pasukan kami untuk bantuan lanjut.
Pakej Perjalanan
Ya, tertakluk pada pakej dan ketersediaan hotel semasa tempahan. Tempahan penginapan mesti disahkan melalui platform Nusuk mulai Jun 2025 agar visa tidak ditolak
Biasanya termasuk tiket penerbangan pergi balik, visa, penginapan/hotel, makanan, pengangkutan di Tanah Suci, khidmat mutawwif (bimbingan ibadah), kursus & buku panduan, dan insurans asas.
Pendaftaran & Dokumen
Ya. Wanita bawah 45 tahun harus ditemani mahram yang sah (suami, bapa, anak lelaki umur 18 ke atas, atau adik/kakak lelaki)
Salinan pasport (min 7 bulan tempoh sah), sekurang-kurangnya 5 muka surat kosong, gambar berwarna (4cm x 6cm, berlatar belakang putih), buku suntikan vaksin meningitis, sijil vaksin COVID-19, dan dokumen mahram jika berkaitan.
Bagi Haji, pendaftar mesti mempunyai baki minimum RM1,300 dalam akaun Tabung Haji dan belum pernah menunaikan fardu Haji. Untuk Umrah, dokumen asas termasuk pasport antarabangsa dengan tempoh sah sekurang-kurangnya 6 bulan, gambar berukuran pasport, dan sijil vaksinasi
Vaksin & Kesihatan
Disarankan semua jemaah melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik sebelum berangkat untuk memastikan kesihatan diri serta mengelakkan masalah ketika di Tanah Suci.
Vaksin Meningococcal ACYW135 adalah wajib bagi semua jemaah. Tambahan vaksin COVID-19 (dos penuh & booster) dan vaksin Influenza sangat digalakkan serta mungkin diwajibkan mengikut syarat semasa Arab Saudi.
Visa & Imigresen
Visa biasanya sah untuk tempoh 30 hari bermula dari tarikh masuk ke Arab Saudi.
Mulai Jun 2025, semua permohonan Visa Umrah perlu disertakan bukti tempahan hotel yang sah melalui platform Nusuk. Dokumen utama pula adalah pasport sah, gambar, sijil vaksin, dan biometrik melalui aplikasi Saudi Visa Bio.