Tentang KRS travel
27+ tahun membawa jemaah menuju Baitullah dengan bimbingan profesional, kemudahan selesa dan pengalaman penuh makna.
Kisah Kami
KRS Travel Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang ditubuhkan dan diperbadankan pada 12 Februari 1999 (No. 477239-X), serta berlesen di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (No. Lesen KPL 3590). Sejak lebih 27 tahun lalu, KRS Travel berdedikasi membantu umat Islam menunaikan ibadah Umrah dan Haji dengan tenang, selesa, dan penuh bimbingan. Sepanjang tempoh tersebut, kami telah menguruskan lebih 217,000 jemaah dari seluruh Malaysia, menjadikan KRS Travel antara agensi yang paling dipercayai dalam industri.
Selain menyediakan Pakej Umrah, Haji, Visa, dan Tiket, KRS Travel juga menawarkan pelbagai pakej pelancongan domestik dan antarabangsa. Kami merupakan syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF), Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Persatuan Francais Malaysia (MFA), serta beberapa agensi kerajaan dan swasta. KRS Travel juga berdaftar di bawah Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan (Associations of Travel Agents), Pengembaraan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Persatuan Agensi Umrah dan Haji (PAPUH), serta Abacus Distribution System (M) Sdn. Bhd.
Dengan sokongan rangkaian cawangan di seluruh Malaysia, anak-anak syarikat kumpulan KRS, serta kerjasama strategik bersama konsortium lain, KRS Travel terus memperkukuh kedudukan dalam industri pelancongan. Kami komited memberikan pengalaman ibadah dan percutian terbaik melalui pilihan pakej yang pelbagai, mutawwif berpengalaman, serta kemudahan penginapan dan pengangkutan yang berkualiti — pada nilai yang kompetitif dan berpatutan.
Visi, Misi & Nilai Teras
Visi
Menjadi agensi Umrah & Haji pilihan utama dengan reputasi global, membawa lebih ramai jemaah menunaikan ibadah dengan yakin.
Misi
Menyediakan pakej terbaik dengan layanan mesra, bimbingan menyeluruh, serta kemudahan selesa untuk setiap jemaah.
Nilai Teras
Integriti, amanah, profesionalisme, dan kesungguhan dalam memenuhi keperluan rohani jemaah.
Pencapaian Kami
Pasukan Pengurusan
Dipimpin oleh pengurusan berpengalaman & mutawwif bertauliah.
HJ MOHAMMAD SSUNAIBARI BIN MOHD KHALIL
CHIEF EXECUTIVE OFFICER
Mohammad Yusoff Khalili Bin Hj. Mohammad Ssunaibari
DIRECTOR